Kerosakkan yang berlaku kepada mereka amat dasyat sekali. Bukan sahaja, rumah yang dipenuhi air sehingga ke paras bumbung malah kereta serta pelbagai jenis kenderaan lain juga turut menjadi korban.
1. Selepas banjir surut periksa dahulu dengan teliti kereta anda samaada kereta anda tenggelam keseluruhan termasuk Enjin dan bahagian-bahagian tertentu sahaja.
2.PALING PENTING! Jangan cuba hidupkan enjin kereta,tindakan ini biasanya akan menyebabnya anda terpaksa membayar kos membaiki yang lebih tinggi apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa diganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
4. Jemur kereta anda untuk beberapa hari untuk memastikan ia benar-benar kering dan tidak mempunyai air lagi.
5.Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
6. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya. Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.
Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
Kita usaha apa yang kita mampu untuk selamatkan harta benda. Selebihnya tawakallah pada Allah, mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik, InsyaAllah-MYNEWSHUB
Sumber : Berita Sini
0 Komentar untuk "Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir"