Akhbar NST, Berita Harian, Metro naik harga

KUALA LUMPUR: BEBERAPA AKHBAR TEMPATAN HARI INI MENAIKKAN HARGA PRODUK MEREKA SEMPENA TAHUN BARU.

AKHBAR-AKHBAR TERSEBUT ADALAH NEW STRAITS TIMES (NST), HARIAN METRO DAN BERITA HARIAN (BH).

KETUA PENGARANG KUMPULAN NST PRESS (M) BHD, ABDUL JALIL HAMID BERKATA MULAI 1 JANUARI, HARGA NST DAN NEW SUNDAY TIMES TELAH DINAIKKAN 30 SEN DARI RM1.20 KE RM1.50, MANAKALA HARGA BERITA HARIAN DAN HARIAN METRO TELAH DINAIKKAN DARI RM1.50 KE RM1.80.


BELIAU BERKATA DI SABAH DAN SARAWAK PULA, HARGA NST DAN NEW STRAITS TIMES ADALAH RM2 SELEPAS DINAIKKAN 20 SEN, DAN HARGA HARIAN METRO DI SABAH DAN ADALAH RM2 SELEPAS DINAIKKAN 50 SEN.

WALAU BAGAIMANAPUN, BELIAU BERKATA HARGA BH AHAD DAN METRO AHAD TIDAK BERUBAH DI SEMENANJUNG SERTA SABAH DAN SARAWAK.

“KALI TERAKHIR HARGA DINAIKKAN ADALAH LIMA KE SEBELAS TAHUN YANG LEPAS. KAMI TELAH CUBA UNTUK MEMBENDUNG KOS. KOS AKHBAR, CONTOHNYA, TELAH MENINGKAT 10 PERATUS DALAM 10 TAHUN.

“OLEH YANG DEMIKIAN, PELARASAN HARGA ADALAH PERLU KERANA KOS MENINGKAT,’ KATANYA.
0 Komentar untuk "Akhbar NST, Berita Harian, Metro naik harga"

 
Copyright © 2014 santai malam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info