Selena Gomez Menangis Di Parti Taylor Swift Kerana Justin Bieber

Selena Gomez Menangis Di Parti Taylor Swift Kerana Justin Bieber - Tak faham sungguh kami kenapa Justin Bieber juga yang dikejar oleh penyanyi dan pelakon, Selena Gomez?

Walaupun sudah acap kali hubungan mereka berantakan, nampaknya dia masih belum serik lagi untuk terus bersama Justin sehingga mengalami tekanan perasaan.

Baru-baru ini, Selena tiba-tiba beremosi dan menjerit sewaktu sambutan hari jadi teman baiknya, Taylor Swift.


“Tiada siapa memahami saya! Teman lelaki saya langsung tak memahami saya!” katanya sambil menangis sebelum dipujuk Taylor.


Mujurlah ‘drama’ itu tidak menjejaskan kemeriahan majlis yang turut dihadiri Beyonce, Jay Z dan Justin Timberlake.

Sebelum ini, Taylor pernah menasihatkan Selena supaya ‘berehat’ daripada bercinta kerana risaukan sahabatnya itu.


Tapi, kalau empunya badan masih berdegil, apa boleh buat kan? – MyNewsHub
0 Komentar untuk "Selena Gomez Menangis Di Parti Taylor Swift Kerana Justin Bieber"

 
Copyright © 2014 santai malam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info