Emma Maembong minta putus? Cinta dengan Zizan Razak sudah berakhir
TERKEJUT Artis Meletop mendengar khabar mengenai dua selebriti ini. Kalau dahulu mungkin pasangan kekasih, tetapi sekarang dengarnya hubungan mereka sedang bermasalah, sudah menjadi samar, seolah retak menanti belah.
Kalau mengikut cerita yang Artis Meletop dengar, Emma sekarang ingin mengambil masa untuk menenangkan diri. Jadi pinta dia kepada Zizan agar hubungan mereka tidak lagi diteruskan buat masa ini.
Makna kata mereka dalam fasa tidak lagi intim macam dulu. Emma juga baru-baru ini telah bercuti keluar negara untuk mengubati hati bersama rakan-rakannya yang lain.
Apa tekanan yang Emma hadapi? Macam berat sangat keadaan yang sedang di hadapi pelakon kacukan ini? Walaupun sumber ini boleh dipercayai, tetapi Artis Meletop harap sangat perkara ini tidak benar. Malah ada juga Emma berkongsi gambarnya dengan Zizan baru-baru ini, nampak gembira sahaja.
Bukan apa, setelah macam-macam yang dilalui Zizan dan Emma, sayang pula rasanya jika hubungan mereka berkubur begitu sahaja.
Mungkin macam Zizan sendiri dia lebih matang untuk tidak terus meletakkan Emma dalam keadaan serba salah.
Jika benar masing-masing perlukan masa, beri sahaja masa. Biasalah dalam hubungan seperti ini pasti banyak cabaran mendatang. Kalau lihat Zizan pasti dia tidak mahu berundur begitu sahaja. Sebab Artis Meletop boleh lihat dari ekor mata lelaki ini, dia begitu menyayangi wanita bernama Emma. Mungkin benar dalam mana-mana hubungan kalau kerap sangat masalah melanda pasti ada yang akan tawar hati. Tetapi percayalah masalah itulah yang akan terus menyemarakkan rasa cinta di hati, kalau kena dengan caranya.
0 Komentar untuk "Emma Maembong minta putus? Cinta dengan Zizan Razak sudah berakhir"