MUSIM PERDAYA PELABURAN EMAS

Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.

Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang 'membuktikan' kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 juta serta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.


"Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan itu beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000," katanya.

Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).


Mangsa yang terpedaya dengan janji-janji manis sedang membuat laporan di PPIM
0 Komentar untuk "MUSIM PERDAYA PELABURAN EMAS"

 
Copyright © 2014 santai malam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info