Pagi semalam, kecoh sebentar konti radio Hot FM AM Krew apabila Fara Fauzana telah diusik oleh AG dan Tun Nadia mengenai cincin yang dipakai oleh Fara yang sebelum ini tidak pernah dilihat dan mereka menyatakan mungkin ia adalah pemberian seseorang ataupun personaliti terkenal itu sudah merisik.
Jelas Fara, cincin tersebut baru sahaja dibeli dan bukanlah cincin merisik seperti yang diperkatakan.
Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena. Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer.
Fara atau mesra disapa Fafau seringkali diajukan soalan baik daripada media mahupun peminat tentang bilakah beliau akan berumah tangga. Walaupun berkali-kali mereka bertanyakan soalan yang sama, Penyampai Radio Paling Popular ABPBH 2014 itu tidak pernah tersinggung mahupun berkecil hati.
Saya dah biasa dengan soalan dan usikan tentang kahwin. Tak marah pun. Bagi saya semua itu adalah satu doa. InsyaAllah satu hari nanti.
Sejujurnya pasti ramai yang ingin melihat Fafau bahagia di samping seseorang bukan? Doakan sahaja beliau akan bertemu dengan jodoh yang baik dan mana tahu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi? InshaAllah.
0 Komentar untuk "Fara Fauzana Jelas Isu Pakai Cincin & Dirisik"