KOMEN JOHAN KEPADA ZIZAN MENCUIT PERASAAN


Ini yang orang kata Setiakawan. Walau pun musibah menimpa rakannya, namun sebagai seorang sahabat, Johan tetap memberikan kata - kata semangat kepada Zizan Razak dan Kumpulan Virus.

Biarpun tersingkir dari melangkah kaki ke pusingan separuh akhir, Johan masih menganggap aksi yang dipersembahkan oleh Kumpulan Virus malam Sabut lalu cukup memberansangkan.

Komen yang ditinggalkan dilaman Instagram milik Zizan Razak sebelum ini benar - benar mencuit perasaan mereka yang membacanya kerana terlihat sifat Setiakawan yang cukup erat diantara mereka.

Antara lain, Johan mengucapkan syabas kepada Kumpulan Virus yang telah memberikan persembahan yang terbaik. Mungkin rezeki tidak menyebelahi mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.


"Kau masih ada aku @zizanrazak869." Itu reaksi Johan yang memberikan komen di laman instagram Zizan Razak sejurus keputusan Maharaja Lawak Mega (MLM 2014) malam tadi.

"Untuk aku, Virus baik malam ni (Jumaat). Cuma mungkin bukan rezeki korang. Hidup ibarat roda. Kita kena redha dengan ketentuan Allah.


"Apa pun aku tetap sokong kau (Zizan), walaupun dengan siapa saja kau bergabung," reaksi Johan dalam komen instagram Zizan.
Komen yang ditinggalkan oleh Johan itu juga turut menerima reaksi positif dari kalangan pengikut - pengikut laman Instagram Zizan biarpun dia dan Kumpulan Virus gagal ke separuh akhir yang bakal berlangsung pada 6 Februari nanti. Syabas kepada mereka yang berjaya!!!
0 Komentar untuk "KOMEN JOHAN KEPADA ZIZAN MENCUIT PERASAAN"

 
Copyright © 2014 santai malam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info